************************************************************************************************************************
Saudaraku, kalau artikel dalam blog ini bermanfaat informasikanlah kepada muslim yang lain
(Setiap kata yang mencerahkan orang lain, Insya Allah, anda akan mendapat ganjaran pahala)
============================================================================

Selasa, 03 Juni 2008

Buah kurma mampu cerdaskan otak

Berita Harian, Rabu - 29 November 2000

Kuala Lumpur (Malaysia) - Khasiat buah kurma bukan saja diakui dalam Islam malah di kalangan ahli perubatan juga menganggap buah berkhasiat ini mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan. Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis kerana ia mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan besi yang boleh menyihatkan sel darah merah. Kanak-kanak juga digalakkan memakan buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Tidak ada komentar: